Resipi Kek Puding Karamel Pelangi

tengah cuti semester kejap ni, tetiba macam macam idea timbul nak try buat itu ini. tapi ikot mood jugak la.kalo rajin, rajin la, kalo malas, memang bergolek macam ikan paus je la. or jadi ikan paus terdampar. haha
so, baru baru ni rajin terlebih nak buat kek puding karamel pelangi. dulu nak buat tapi rasa macam susah. then tengok kat satu blog ni. sebab dia ada ajar step by step.so paham gak la sikit sikit. bole la buat.

first attempt menjadi tapi silap teknik pakai loyang besar sgt so tak berapa cantik.


second attempt baru la jadi tebal, tu pun  saya double the adunan kek ni. so dapat yang besar and cantikk.

kek sebelum dibakar. cantik kan warna dia. 


 haha. tak sempat nak ambil gambar yang dipotong. semua kena ngap dah. 






then hias la jugak sikit sikit untuk anak sepupu. birthday dia dah lepas, tapi saja la nak buat kek jugak. hee then mak la ni buh macam macam .

 



ni blog yg menjadi rujukan saya buat kek puding karamel pelangi



so saya copy balik je resipi dari blog beliau. 
 panjang gila kot resepi kek ni.haha.
.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
  • 2 sudu besar gula 
  • Loyang 8 inci / 20cm
Cara-cara:
  1. Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
  2. Panaskan dengan api perlahan di atas dapur. 
  3. Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau. 
  4. Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
  5. Ketepikan dan sediakan pula adunan puding seperti gambar 3. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Bahan-bahan untuk Puding (Rujuk gambar 3)
  • 400ml susu cair ( 1 tin)
  • 3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
  • 2 biji telur
  • 140 gram gula castor
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
  1. Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil (rujuk gambar 3) dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandun(rujuk gambar 6) untuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
  2. Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
  3. Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
  4. Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
  5. Semasa memasukkan bancuhan puding,  gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
  6. Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek bahan 1 seperti gambar  6.
Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
(rujuk gambar 6)
  • 6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
  • 70 gram gula castor
  • 1 sudu kecil cream of tar tar
Cara-cara:
  1. Pukul putih telur sehingga berbuih.
  2. Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
  3. Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku. Rujuk gambar 7.
  4. Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah. 
  5. Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.                                 
Adunan  2:
  • 3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
  • 130 ml air
  • 50 ml minyak masak
  • 70 gram gula castor
  • 140 gram tepung gandum
  • 1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
  2. Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
  3. Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
  4. Matikan mixer.
  5. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
  6. Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
  7. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak. Rujuk gambar 9.
  8. Warnakan dengan warna pilihan anda.
  9. Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
  10. Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 kali untuk 4 sudu setiap warna)
  11. Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 kali lagi.
  12. Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 kali dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
  13. Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
  14. Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
  15. Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
  16. Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
  17. Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah. 
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
thanks untuk resipi dari blog  Blog E-na lovely kitchen

so, btw teknik and step untuk buat kek ni amatlah macam complicated sikit. banyak songeh.haha. buat sorang sorang memang letih la. nak asing telur kuning telur putih la paling stress. berapa biji ntah pecah gitu ja. haha

-then yang paling penting is bakar dalam dulang air. yang tu nak make sure puding tak terbakor la kan. so, loyang yang ada adunan both puding and kek ni. letak dalam loyang besar pulak berisi air dan bakar. ikot je step step kat atas yang dari blog akak tu. insyAllah menjadi.




Comments

Zaty !! post la lagi resepi banyak2..