Ber-shortsem di UIA Gombak
Di kala pelajar UIA yang sibuk bercuti panjang sampai bulan 9. aku telah mengambil satu keputusan untuk buat short-sem waktu cuti ni. di mana mula 25 June sampai 10 Ogos kot. aku tak pasti habis bila shortsem ni. haha
so, hari ahad lepas, 24 June, aku pun berseorangan menaiki bas menuju ke kota Kuala Lumpur. tapi nasib ada geng dengan Aliaa ambil shortsem ni. so dia lah yang tolong amek aku dan tumpangkan ke rumah akak dia sementara nak daftar kat UIA Gombak tu.
Besar gak UIA Gombak ni. punya lah penat aku dan Aliaa berjalan kaki ke sana sini nak tanya pasal mahallah dan kelas sebab kami tak tau apa apa pun. yang akak ofis Pharmacy bagitau, dia cuma suruh pergi ke Ofis IRK and tanya orang situ pasal kelas .
yang kes mahallah lagi lah, kami ingatkan kami tak dapat mahallah sebab akak tu tak contact pun bagitau kata dapat mahalah sebab mula mula dia kata mahalah susah nak dapat. so kalau tak dapat,kami redha je nak ulang alik dari Wangsa Maju ke UIA Gombak kalau ada kelas.. tapi berusaha gak la tanya nak mintak mahalah., sampai ke Mahallah Mariam kami pi minta. sebab kawan ayah lecturer Foundation kat situ, dia cakap kalau susah nak dapat, dia boleh je tumpangkan kami kat Mahallah budak Foundation. tapi bila sampai situ, akak office tu cakap, student yang ambil UNGS ni dorang letak kat Mahallah Aminah. ohh finne. berjalan la pulak kami ke Mahallah Aminah. rasanya dekat 1km gak la berjalan kaki.
Sesampai di Ofis Mahalah Aminah, kami minta tanya macam mana nak apply Mahallah. see. senang je, dia suruh isi nama je. tak perlu la nak surat segala bagai macam nak minta kat Kuantan. complicated sangat UIA Kuantan punya urusan. tapi masa nak isi nama, tiba tiba nampak nama aku dan Aliaa dan ada dalam list tu.hahaha. cehh.finee! sebenarnya nama kami dah ada pun kat dalam mahallah. akak tu je tak bagitau kami. hmm. nasib la kan. so dapat bilik baru. ambil kunci terus melawat bilik.
perhh. cantik! luas! berbeza gila dengan mahallah kat UIA Kuantan tu. dapat tingkat 4. ada 2 bilik dalam satu rumah. 1 bilik duk 2 orang. ada balkoni, ada toilet dalam rumah sume. bukankan itu awesome? so aku and Aliaa usha usha sume. then balik Wangsa Maju. aku menginap rumah akak Aliaa selama 2 malam. menumpang orang. hehe.
so, kelas aku cuma ada hari Isnin DAN Rabu sahaja. 2 hari sahaja. kelas start pukul 10 pagi sampai 1 tghari or depend kepada tahap kebosanan kami. masa kelas Rabu lepas, sebabkan kami terlalu bosan dan tak dapat terima, dia stop at 11.30 am. haha.
so, habis kelas hari Rabu, makan makan semua. kemas bilik. siap siap, suruh Aliaa hantar ke stesen putra. aku naik train pergi Pudu, sampai Pudu amik tiker balik Kulim. pukul 9 malam hari Rabu aku pun dah ada kat Kulim. haha. and now aku kat rumah la. hari Ahad pulak balik KL. nampaknya tiap minggu duk ulang alik Kulim-KL la . nak jalan jalan KL. takde kawan. hmm. :( mak pun macam suruh balik je tiap minggu ni.
so, apa guna mahalah amek tu? haha. tido sana 2-3 malam je seminggu. jadi cam hotel plak kan. takpe. at least ada tempat kalau ada apa apa hal kan. selesa plak tu kat sana. so , ni lah aku nak kena bershort sem di kala ramai member member cuti sana sini. takpe, bersusah dahulu, bersenang kemudian.
aku ingat duk Gombak ni nak cari kawan baru, tapi tak sempat nak cari aku rasa, dah aku asyik balik je. yang kawan sedia ada kat Gombak pun, masing masing bz je. huhu.
Semoga aku dapat meneruskan hari hari bershortsem dengan jayanaya ~~ Aminn.
Comments
anyway akak pun uia juga.. so , hello junior :)